MAHOBYNURS | Salun wanita dan muslimah Setia Alam

Isnin, 13 April 2020

KULIT NORMAL, tak perlu facial? Betul KE?

by MAHO Beauty


Kulit normal, tak perlu rawatan facial di Salon?

Betul ke?




Secara asasnya, jenis kulit kita terbahagi kepada 5 jenis iaitu: kulit normal, kulit kering, kulit kombinasi, kulit sensitive, dan kulit tidak sekata/pigmentasi. 
Amat penting untuk kita tahu jenis kulit sebelum membeli sesuatu produk kecantikan atau membuat rawatan muka.


                        ↑ 
Hari ni, kita focus kepada mereka yang berkulit normal
Apakah ciri-ciri kulit normal?


  • Lembut dan tidak bermasalah seperti kering atau berminyak
  • Kulit kelihatan kemerahan / pinkish
  • Peredaran darah yang baik dan elastik


Kulit normal ini biasanya kelihatan kenyal dan lembut, halus dan berkilat. Mereka yang mempunyai kulit normal kebiasaannya mudah dalam penjagaan kulit wajah. Tetapi kalau tidak dijaga dengan betul, juga boleh mengakibatkan kepada masalah kulit kering / berminyak.



Kulit normal memerlukan kelembapan dan perlindungan yang sempurna untuk kekalkan kesihatan kulit normal tersebut. Pastikan kulit tersebut mempunyai peredaran darah yang baik bagi membolehkan ia kekal normal.




Tips penjagaan untuk mereka yang berkulit normal;


  • Menggunakan pelembab siang dan malam secara teratur agar kulit anda kekal fresh & lembab
  • Membuang sel kulit mati dan hilangkan kotoran pada muka dengan sempurna
  • Mengurut wajah bagi memastikan nutrient yang diperlukan oleh kulit wajah masuk ke dalam lapisan kulit dan memberi peredaran darah yang baik.
  • Bahagian mata jangan dilupakan, pastikan ia di beri pelembab dan diurut lembut. Mata yang indah & bersinar akan membuatkan kulit lebih berseri.
  • Kulit kita berubah seiring dengan usia atau factor sekeliling. Dengan rawatan yang tepat seseorang itu boleh mengekalkan penampilan dan kesihatan kulit wajah mereka.


Kulit kita berubah seiring dengan usia atau faktor sekeliling. Dengan rawatan yang tepat seseorang itu boleh mengekalkan penampilan dan kesihatan kulit wajah mereka.





Rawatan facial yang dicadangkan di MAHO BEAUTY SALON untuk wajah kulit normal


  • Basic Deep Clean facial
  • Advance Deep Clean facial
  • Deep penetration Ultrasound Facial
  • Normal Facial
  • Deep clean & Deep penetration Ultrasound Facial
  • V-shape face facial


Setiap individu memerlukan pemerhataian yang berbeza. 
Oleh itu, beautician kami akan mengikut kesesuaian keadaan kulit pelanggan dalam setiap step dan langkah rawatan.

Beautician will adapt with the step that suitable for each individual.

BONUS: 
Pelanggan bukan sahaja diberikan rawatan muka, tetapi juga akan mendapat nasihat dan suggestion mengenai pemakanan yang sesuai dan supplement yang sesuai beserta jadual pengambilan yang sesuai untuk anda.


---------------------------------------------------

Dapatkan baucer bernilai RM200 

Dengan hanya anda Like FB page kami anda akan dapat baucer bernilai RM200 >> klik sini
Selepas like pastikan PM admin, untuk dapatkan baucer tersebut. Terima Kasih.




Lihat juga: